Halaman

Ahad, 26 Disember 2010

APA KEJADAHNYER??????

Berita mengenai seorang lelaki yang berumur 32 tahun yang mengaku gay heboh di sana sini. Sudah tidak tahu erti malu pada perbuatan yang jijik tersebut. Berbangga dan mengharapkan masyarakat Malaysia memahami jiwa mereka. Kelab-kelab malam yang tubuh seperti cendawan selepas hujan di Malaysia lebih menakutkan. Tidak termasuk di lorong-lorong gelap, di tepi-tepi jalan anak-anak muda melakukan perbuatan tidak senonoh ini. Sudah masanya hukum Allah dijalankan!!!

Paling menyedihkan ada sekumpulan atau individu tertentu yang senolak kumpulan songsang ini tetapi dalam masa yang sama tidak mahu hukuman dikenakan atau dibalas atas perbuatan mereka ini. Laporan akhbar utusan ada menyebutnya di perenggan kedua terakhir. Bukan kita menolak terus unutk memahami dan `merawat' mereka ini, tetapi sampai bila kita hanya menanggung kesan perbuatan tersebut? Kita perlu menyelesai punca masalah(real problem) yang melanda masyarakat kini. Tidak lain kita perlu mengikut ajaran Al-Quran dan Hadis baginda!!!

Menyentuh sebagaimana yang kita semua ma'ruf bahawa umat nabi Luth telah diterbalikkan bumi mereka dan dihujani dengan batu-batu ke atas bumi mereka. Semua yang hadir ke jordan ini pasti akan pergi melawat tempat tersebut yang kita sebut Laut Mati(dead sea). Sampai bila kita hanya mengenali sejarah dan tidak mahu belajar dari sejarah???

Ya Allah, kau ampunilah dosa kami ini. Berilah kesedaran kepada pemimpin UMAT ISLAM khususnya MALAYSIA agar mereka menjalankan hukum yang termaktub di dalam Al-quran dan Hadis Rasul-Mu yang Baginda bersusah-payah menyampaikan ajaran agama-Mu ini, lalu kami banyak yang menolak dan tidak mahu mengikutnya. Kami mengaku kami mencintai Mu Ya Allah, kami mengaku kami mencintai Rasul-Mu Ya Allah, tapi kami zalim dan bongkak menolak ajaran Mu Ya Allah. Ampunilah dosa kami ya Allah!!!