Halaman

Khamis, 31 Mac 2011

MUFTI PERAK TIDAK BERDIAM DIRI, MEDIA TIDAK SIARKAN

Kekecewaan terhadap kawalan media di negara kita masih berterusan, terbaru media arus perdana sengaja tidak menyiarkan pendapat mufti-mufti dalam serangan kes qazaf terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana ummat Islam di Malaysia sangat memerlukan bimbingan dan pencerahan daripada para Ashabu as-Samahah Mufti-Mufti tentang  perkara tersebut mengikut hukum syara' ekoran liputan media perdana secara besar-besaran tentang perkara tersebut.



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menafikan beliau tidak bersuara, bahkan melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap media arus perdana yang tidak mengeluarkan kenyataan penuh beliau sehingga menyebabkan masyarakat tertanya-tanya tentang pendirian beliau dalam mempertahankan hukum syara'.  

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.
“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan."
Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.
“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.
“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.
Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.
Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.
Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.
Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.
Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.
Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.
“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.
“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.
“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.
“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada.

Rabu, 30 Mac 2011

TUDUHAN ZINA DAN LIWAT MENURUT ISLAM


Hadith Nabi SAW yang bermaksud   "Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi.Perkara yang tersembunyi Kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"
Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja.  Mengikut kaedah hukum hudud,seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat  dengan adanya ikrar
secara  sukarela secara rasmi dihadapan hakim,sebanyak 4 kali.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
                      "Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"
Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa di paksa sebanyak 4 kali(mengikut
mazahab hanafi).Didalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal
daripada ianya dijatuhkan hukuman didunia.Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku
keatas Maiz bin Malik.
    Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata"Hukumlah aku,kerana aku telah berzina"ketika itu
Rasullah tidak mengambil perhatian keatas permintaan Maiz.Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku,kerana aku telah berzina" .Kemudia Rasullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila?Sahabat mengatakan bahawa beliau tidaak mabuk atau gila.Selepas itu Azan asyar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asyar bersama Rasulullah.Selepas solat Asyar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata"Hukumlah aku kerana aku telah berzina".
Rasulullah menjawab"Bukan kah kamu telah bersolat bersama-sama dengan ku tadi,mudah-mudahan kamu Allah  mengampun dosa kamu.beliau berkata"Ya,saya telah solat asyar tadi,tetapi,Hukumlah saya kerana saya telah berzina"kemudian Rasulullah bertanya "adakah kamu telah kawin?"beliau menjawab
"ya" Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau.Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati.Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan berkata"mengapa kamu mengejar beliau,mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya"Kesimpulanya disini,seseorang yang membuat pengakuan ikrar,kemudia ketika hukuman dijalankan dan  pengakuan itu ditarik balik ,maka hukumanya digugurkan.
   Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil.Ini berpandukan
Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:
                     " Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki)zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan  4 saksi    ,maka orang yan menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak  80 kali.dan jangan diterimaa orang yang menuduh ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik."
Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut
1.Islam
2.Adil(tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah)
3Lelaki(dalam kes  zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)
4.Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.
Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan
sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan.Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk  mengugurakan tuduhan.
Nota Admin : Catatan ini adalah sedutan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di Kg. Gelugor Kedai , Marang, Terengganu.- Ogos 1999

Selasa, 15 Mac 2011

UMNO marah PAS tak haram JUDI

Umno merupakan tulang belakang pemerintahan Selangor selama lebih 50 tahun sehinggalah rebah kecundang ditewaskan dalam PRU ke 12 tahun 2008 lalu.Menteri Besar dan barisan EXCO Umno silih berganti. MB terakhir Umno di Selangor adalah Khir Toyo manakala EXCO Agama yang terakhir adalah Rahman Palil.

BN yang dinaungi Umno ditewaskan di Selangor oleh gabungan PKR, PAS dan DAP yang bergabung atas nama Pakatan Rakyat.

Memang banyaklah dilakukan oleh BN dan Umno sepanjang menongkat langit kuasa selama lebih 5 dekad. Islam bagaimana? Saya kemukan persoalan ini kerana akhbar Sinar Harian menyiarkan pandangan Rahman Pali ADUN Umno dari Sementa yang juga bekas EXCO Agama.

Dalam kes pengharaman judi di Selangor Rahman mendakwa PAS tidak melihat aktiviti judi sebagai sesuatu yang salah disisi agama.

Kononnya PAS tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila bersekongkol dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam tidak mengharamkan judi di Selangor.

Semasa Rahman EXCO Agama dahulu, semasa Umno tulang belakang kerajaan Selangor dahulu apakah yang telah dilakukan terhadap judi? Agaknya lantaran terkejut hilang kuasa sejak 3 tahun kebelakangan ini Rahman dan rakan-rakannya lupa yang mereka dahulu pernah berkuasa di negeri ini. Semasa mereka berkuasa judi tidak diharamkan walau memiliki kerusi jauh lebih banyak dari PAS ketika itu.

Memang PAS sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab dalam menyuntik semangat Islam dalam kerajaan Selangor. Walau dalam keterbatasan kuasa PAS perlu berikhtiar meyakinkan rakan-rakannya dalam kerajaan, sedang semasa Umno berkuasa dahulu (kalau Umno parti orang Islam) mereka boleh sahaja terus mengharamkan apa sahaja yang mahu dioharamkan kerana mereka punya kuasa mutlak.

Ternyata dalam 3 tahun kebelakangan ini Selangor melihat PAS mengambil insiatif yang positif dalam hal amar makruf nahi mungkar. Tampak lebih berani dan realistik berbanding Umno yang sekadar berpeluk tubuh memanaskan kerusi kuasa.

Kawalan jualan arak, larangan pekerja Islam bekerja di pusat hiburan yang menghidang arak, penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah terus menerus ditekankan sehingga pencapaiannya begitu ketara berbanding dengan ketika Umno berkuasa dahulu.

Geli melihat gelagat Rahman Palil. Umno juga Islam tetapi tidak pernah meletakkan amar makruf nahi mungkar sebagai sesuatu yang perlu diberikan kepentingan. Tetapi apabila PAS berkuasa, maka berkokoklah mereka seolah mahu lebih Islamik.

Dalam buku Memoir Khatijah Sidek, bekas Ketua Wanita Umno yang juga ahli parlimen wanita PAS yang pertama pada thuan 1959 (mewakili Parlimen Dungun) Khatijah menyebut:

Kami (ahli-ahli parlimen PAS) tidak setuju menggunakan wang Loteri Kebajikan Masyarakat untuk membaiki atau membangun masjid tapi wang tersebutlah yang banyak dicurahkan kepada pembangunan masjid (oleh kerajaan Persekutuan yang dikuasai Umno). Kami tidak mahu menggunakan wang ini kerana puncanya tidak bersih. Wang ini dikutip dari perjudian, satu perbuatan haram dan bertentangan dengan Islam tapi kerajaan tak peduli semua itu.

Benar PAS memikul amanah melaksanakan Islam, tapi kalau Umno juga parti orang Islam, judi di Perlis, Johor, Pahang dan lain-lain macam mana? Pahang jangankan judi loteri dan tikam nombor, kasino terbesar di rantau ini tersergam di puncak banjarannya!


Perancis: Serius nahas nuklear Jepun di paras enam, hampiri kes Chernobyl

PARIS, 15 Mac — Pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis hari ini berkata keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam.
Skala antarabangsa yang digunakan ialah satu hingga tujuh.
Semalam, ASN memutuskan malapetaka itu di tahap lima atau enam.
Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo.
Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986.
Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima.
Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. — Reuters

Khamis, 3 Mac 2011

7 Sunnah Rasulullah Yang Patut Diamalkan


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahualam.