Halaman

Rabu, 23 Februari 2011

LAGI-LAGI MUZAHARAH !!!


     23 Feb-Alhamdulillah dalam kesibukan musim peperiksaan yang akan melabuhkan tirai esok dan persiapan Muktamar Sanawi Permaya yang ke 13(kalu dok silap) dapat juga ana mengisi ruang kekosongan blog yang alhamdulillah semakin bermaya.

Sekarang jika kita buka siaran AL-Jazeera mengenai perkembangan dunia arab, tertumpu pada 2 tempat Libya dan Yaman. Dan yang paling mendapat liputan sekarang di kaca-kaca tv dunia mahupun tempatan adalah di Libya yang semakin teruk keadaannya.

Hari ini bertambah lagi 5 kematian yang dilaporkan oleh stesen TV AL-Jazeera(setakat malam ini) yang memang menaikkan lagi marah serta benci rakyat pada kepimpinan Muammar Gaddafi. Himpunan yang yang mengumpulkan ratusan ribu di Banghazi menyaksikan pertumpahan darah yang paling teruk setakat ini.

Selain tembakan yang digunakan untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat, pengguguran bom di bandar-bandar oleh pesawat Mirage F1 juga menyebabkan pertambahan  angka kematian. Namun semua ini tidak melemahkan semangat para pejuang untuk membebaskan Libya dari kekangan penindasan oleh pemerintah.

Berita di Yaman hari ini, sampai kat rumah borang keselamatan dari pihak kedutaan untuk mengemas kini data-data pelajar yang berada di Yaman, khususnya di Sanaa'. Pada borang tersebut di beri pilihan pada pelajar sama ada ingin pulang atau terus kekal menetap di sini. Rasanyer lah mungkin golongan bujang paling gembira kerana dapat balik malaysia free.

 Dan hari ini juga dapat berita dari pihak kedutaan yang mengatakan esok dan jumaat akan ada himpunan 4 juta rakyat di Jamiah Sanaa' membantah kepimpinan Ali Abdullah Soleh. Angka kematian pun dah makin meningkat hari demi hari. Tadi dapat maklumat 4 orang mati di depan Jamaih Sanaa' berpunca dari balingan bom. Jalan- jalan yang yang menuju ke Jamiah Sanaa' ditutup dan dikawal ketat oleh polis dan askar.

Ya ALLAH, selamatkan bumi arab ini daripada tangan-tangan yang zalim dan ingkar padaMu.
Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan