Halaman

Isnin, 21 Februari 2011

MUZAHARAH DI YAMAN


  

         21 FEB-Alhamdulillah,malam nie dapat jugak ana meringankan jari nie selepas lame tidak mengup date blog yang usang ini walaupun musim peperiksaan  masih lagi belum melabuhkan tirainyer.Hanya tinggal 2 maddah lagi, BI esok hari akan periksa dan satu lagi Tarikh Tasyri'(maddah sejarah).

Jadi dipendekkan cerita kerana tiada modal untokku menaip panjang,setelah habisnyer perjumpaan antara pelajar Malaysia Yaman dan pihak Kedutaan Malaysia Yaman, barulah kami mendapat gambaran bahawa agak teruk juga rusuhan yang berlaku di negara ini akibat daripada ketidakpuas hatian rakyat di bawah pimpinan Ali Abdullah Soleh. Rakyat bangkit menyatakan pendirian mereka. Dah banyak wilayah di Yaman ini yang bangkit antaranya Aden, Taiz, Hudaidah dan ibu negara Sanaa'. Cuma Hadramaut jer yang dok dengar cerita. Mungkin penduduk di sana tidak sensitif dengar isu penindasan rakyat.

Harapnya kalau lepas periksa ni bolehlah makan angin di wilayah lain anjuran jamiah, tapi dah berlaku macam nie apa yang boleh kita buat. Kat Sanaa' ni pon dah tidak bebas untok keluar, asyik2 terserempak ngan polis dan askar. Betullah kata pihak kedutaan bahawa Presiden Yaman, Ali Abdullah Soleh dah ambil langkah berjaga untuk mengelakkan keadaan yang lebih teruk antaranya menempatkan polis dan askar di tempat yang sensitf berlakunya muzaharah, memasang spy2 kerajaan, menjamu rakyat yang pro kerajaan dan yang atas pagar dan macam2 lagi tindakan supaya keadaan terkawal. 

Tapi jika kita perhatikan di seluruh dunia, golongan yang menjadi pembangkang kepada kerajaan adalah daripada golongan yang terpelajar, yang tahu selok belok politik tanah air. Jika di Malaysia Pakatan Rakyat, Mesir Ikhwanul Muslimin, maka di  Yaman Parti Islah, lambangnyer matahari. Di sini juga timbul beberapa masalah apabila golongan pro kerajaan juga bangkit mempertahankan kerajaan mungkin kerana mereka disupport wang oleh pihak kerajaan, dari kalangan orang yang tidak berpelajaran dan juga dari kabilah 6yang sekutu dengan presiden Ali Abdullah Soleh. Mungkin kita pelik mendengar masih wujud sistem kabilah di zaman moden ini, tapi di Yaman perkara ini tidak menghairankan. Aku juga pernah mendengar kata2 orang di sini yang aku thiqah padanya kenapa Ali menjadi presiden adalah kerana dia merupakan antara kabilah yang terbesar di yang tidak perluku menaipnya di sini (dok ingat).

Oleh kerana keadaan politik Yaman yang semakin meruncing ini, beberapa langkah yang perlu di ambil oleh pelajar di sini :
  1. Dilarang ke tempat yang memungkinkan berlakunya rusuhan.
  2. Dinasihatkan mengeluarkan duit cash dari bank sebanyak yang mungkin kerana kemungkinan jika berlaku situasi yang lebih teruk, pihak bank akan menutup servisnya seperti mana yang berlaku di Mesir.
  3. Mengemaskini nama keahlian di Permaya dan di kedutaan.
  4. Dinasihatkan membeli bahan mentah untuk jangka masa yang lama kerana bimbang barang akan kehabisan stok atau pon kedai2 dan pasar2 ditutup.
  5. Dilarang keluar pada waktu malam.
  6. Dilarang keluar berseorangan.
  7. Maklumkan pada ahli rumah jika ingin keluar dari rumah.



   Sekian dari KALAM MINAL YAMAN.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan